Diceritakan dari Ibnu Hajar bahawa
serombongan orang dari kalangan Tabi'in pergi berziarah ke rumah Abu Sinan.
Baru sebentar mereka di rumah itu, Abu Sinan telah mengajak mereka untuk
berziarah ke rumah jirannya. "Mari ikut saya ke rumah jiran untuk
mengucapkan ta'ziah atas kematian saudaranya." kata Abu Sinan kepada
tetamunya.
Sesampainya di sana , mereka mendapati saudara si mati
senantiasa menangis karana terlalu sedih. Para
tetamu telah berusaha menghibur dan membujuknya agar jangan menangis, tapi
tidak berjaya. "Apakah kamu tidak tahu bahwa kematian itu suatu perkara
yang mesti dijalani oleh setiap orang?" tanya para tetamu. "Itu aku
tahu. Akan tetapi aku sangat sedih kerana memikirkan siksa yang telah menimpa
saudaraku itu." jawabnya. "Apakah engkau mengetahui perkara yang
ghaib?" "Tidak. Akan tetapi ketika aku menguburkannya dan meratakan
tanah di atasnya telah terjadi sesuatu yang menakutkan. Ketika itu orang-orang
telah pulang, tapi aku masih duduk di atas kuburnya. Tiba-tiba terdengar suara
dari dalam kubur "Ah....ah....Mereka tinggalkan aku seorang diri
menanggung siksa. Padahal aku mengerjakan puasa dan solat". Jeritan itu
betul-betul membuatku menangis kerana kasihan. Aku coba menggali kuburnya
semula kerana ingin tahu apa yang sudah terjadi di dalamnya. Ternyata kuburan
itu telah penuh dengan api dan di leher si mayat ada rantai dari api. Kerana
kasihan kepada saudara, aku cuba
untuk melepaskan rantai itu dari lehernya. Apabila aku hulurkan tangan untuk
membukanya, tanganku terbakar."
Lelaki itu menunjukkan tangannya
yang masih hitam dan mengelupas kulitnya karana kesan api dari dalam kubur
kepada tetamu. Dia meneruskan ceritanya: "Aku terus menimbun kubur itu
seperti semula dan pulang dengan segera. Bagaimana kami tidak akan menangis
apabila mengingati keadaan itu?" "Apa yang biasa dilakukan oleh
saudaramu ketika di dunia?" tanya teman-teman Abu Sinan. "Dia tidak
mengeluarkan zakat hartanya." jawabnya.
Dengan jawaban ini, teman-teman Abu
Sinan membuat kesimpulan tentang kebenaran ayat Suci Al-Quran surah Ali Imran
yang artinya: "Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta
yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan
itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta
yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat.
Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan
Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Ali Imran, 180)
Sign up here with your email
Silahkan berkomentar sesuai dengan tema poting di atas ConversionConversion EmoticonEmoticon